Kolej Kediaman Satu, USIM telah menjalankan kempen BI'AH SOLEHAH untuk menghidupkan amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan mahasisiwa.
Jadi, tercetusnya video" KEMPEN BI'AH SOLEHAH ." Melalui video ini , kita dapat rungkaikan dan fahami dengan lebih mendalam mengenai "BI'AH SOLEHAH" yang mana perlu dimiliki oleh diri kita . Disini, saya akan menjelaskan lagi berdasar tuntutan bi'ah solehah yang terdapat dalam video ini .
Antara amalan untuk menghidupkan BI'AH SOLEHAH ialah :
1. SOLAT BERJEMAAH
- Banyak fadhilat yang kita mampu perolehi melalui solat jemaah . Antaranya ialah , ganjaran pahalanya sebanyak 27 pahala berbanding solat sendirian yang hanya 1 pahala diperolehi.
- Kajian Fizik ada mengatakan yang badan kita ini akan dipenuhi cas negatif jika seharian bekerja jadi melalui solat jemaah, apabila badan kita bersentuhan dengan badan jemaah lain ketika solat akan membentuk cas-cas positif dan mampu menstabilkan kembali tubuh badan agar lebih sihat dan bersemangat.
2. MEMBERI SALAM
- Rasulullah SAW ada berkata, nanti bila akhir zaman, manusia hanya akan menegur dan memberi salam kepda kenalan yang terdekat dan orang yang mereka mengenali sahaja. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu mengamalkan budaya SALAM dengan sesiapa saja umat Islam yang kita jumpa. Jangan terhad kepada orang kita kenali sahaja.
- Salam adalah satu doa yang paling mudah untuk kita doakan kepada orang lain. Melalui salam juga akan membentuk satu ikatan ukhwah dan persaudaraan antara umat Islam itu sendiri. Selain itu, salam mampu mengelakkan diri kita dari sifat sombong.
* Maka , SEBARKAN SALAM "ASSALAAMUALAIKUM" (:
3. BERSEDEKAH
- Amalan sedekah ini perlu sentiasa diamalkan kerana melalui sedekah akan terbuka pintu-pintu rezeki yang lain.Sedekah juga mampu membersihkan jiwa kita dengan menjadi seorang yang pemurah dan berbahagi rezeki yang kita dapat dengan orang yang kurang berkemampuan dan orang miskin.
- Seperti kata-kata ini :
" Tangan DIATAS lebih BAIK berbanding tangan DIBAWAH."
" Apa yang kita ada belum tentu milik kita tapi apa yang kita beri sudah tentu menjadi milik kita."
- Jangan kedekut atau bakhil kerana Allah tidak menyukai orang sedemikian. Bahkan apa yang kita miliki hari ini hanyalah pinjaman semata-mata dari ALLAH SWT. Bersedekahlah kerana amalan ini dapat dibawa dan membantu kita diakhirat kelak.
4. MENJAGA IKHTILAT
- Jangan berurusan dengan ajnabi tanpa sebab yang munasabah. Ini akan tercetusnya "zina hati" dalam jiwa kita . Bila terbentuknya zina hati, dengan sendirinya zina-zina yang lebih besar akan turut mendekati dengan menyebabkan kita berasa senang melakukan dosa. Jangan membicarakan hal-hal yang tidak penting dengan yang bukan mahram.
- “katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan-pandangannya dan memelihara kemaluannya.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg mereka perbuat.Katakanlah kpd wanita-wanita yg beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.”(surah an-nur:30-31)
- Sabda Rasulullah SAW mafhumnya : ” Jaminlah kalian kepadaku akan 6perkara ini nescaya aku jamin syurga utk kalian; iaitu bercakap benar dlm percakapan,menunaikan janji,melaksanakan amanah,memelihara kemaluan,menundukkan pandangan, dan menghindari dari menyakiti org lain”(riwayat Ahmad,Ibn Dunya,Ibn Hibban dan al-hakim)
5. MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA- Tutuplah auratmu wahai wanita kerana dirimu amat berharga untuk diperlihatkan kepada lelaki yang bukan maharamnu.
- ALLAH mensyariatkan agar wanita menutup aurat kerana ingin memelihara wanita dari lelaki-lelaki yang ada penyakit didalam hatinya. Suruhan menutup aurat juga meninggikan darjat dan maruah wanita.
- AURAT yang wajib ditutup ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua belah tapak tangan. Ingat, KAKI juga aurat.
- Pakailah stoking pada kaki dan sarung tangan pada tangan agar terhindar dari aurat ternampak.
- Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)
" JOM AMALKAN BI'AH SOLEHAH !!"SAMA - SAMA KITA HIDUPKANNYA .
(:
- Sabda Rasulullah SAW mafhumnya :