ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM

Monday, 4 May 2015

SANGKAAN ?




Assalaamualaikum ..


Ini tugasan terakhir kami bagi subjek Teknologi Komunikasi untuk dijadikan entri dalam blog kami .


Tajuk video kami ialah "SANGKAAN ?"  . Video ini berkisar tentang pemikiran dan kelakuan masyarakat kita dalam bersangka-sangka terhadap orang lain. Kadang-kadang dalam kita tak sedar sangkaan buruk kita kepada orang boleh mendatangkan fitnah .

Bukankah fitnah lebih besar daripada membunuh ?


Seperti Firman Allah:
ۚ وَٱلۡفِتۡنَةُ أَڪۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۗ
:                                                                                                                                                                                                               :   Ertinya
“… fitnah itu besar (dasyat) dari melakukan pembunuhan……”           
(al-Baqarah:217)                                                  
Dan mengapa ALLAH menurunkan ayat ini ialah kerana dimana seorang musyrik yang dibunuh pada bulan Rejab atau pun bulan haram. Orang muslimin menyangka bulan itu masih bulan Jumadil Akhir. Melihat kawannya dibunuh, kaum musyrikin memprotes dan mendakwa bahawa Nabi Muhammad saw. telah menodai bulan haram.  Maka turunlah ayat yang menjelaskan bahawa kemusyrikan dan menghalangi muslimin untuk beribadah di Baitullah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan yang dilakukan oleh orang-orang beriman.

Maka jauhilah berburuk sangka pada orang dan jangan merasakan kita lebih baik dari mereka . Muhasabahlah diri kita sebelum kita menghisab kesalahan orang lain.

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." -
An Najm 53:32

Mana tahu, orang yang lebih teruk daripada kita akan berubah menjadi mulia. Ingatlah yang meninggikan darjat seseorang manusia itu bukan dari kalangan manusia tapi Allah yang mampu meninggikan dan menurunkan darjat seseorang itu. Jika kita melihat manusia berbuat maksiat, cegahlah dengan menasihati mereka melalui cara yang hikmah.

Hidayah itu milik Allah, berdoalah moga ALLAH bukakan hati kita dan semua manusia agar mudah mendapat cahaya hidayah dan tidak terpesong dari jalan kebenaran.


Malahan kita disarankan untuk menyiasat dulu sesuatu cerita agar tiada salah faham yang akan terjadi.



#POSITIFKAN MINDAMU
#BERSANGKA BAIK
#PRAY FOR UMMAH





Saturday, 2 May 2015

Easy Dakwah :D

Assalaamualaikum ..
Mesti ada yang tertanya , kenapa la tajuk entry ni "Easy Dakwah" macam nama blog ni pulak . Sebenarnya saya nak ulas kenapa nama blog ni dinamakan Easy Dakwah .

Easy Dakwah ni maksudnya , " DAKWAH MUDAH" .

Senangkan berdakwah ? Yang menampakkan dakwah tu susah bila kita terlampau memikirkan kesempurnaan dalam berdakwah. Mulakan la dengan berdakwah dalam perkara yang
 simple .

'Dakwah adalah sesuatu yang mudah.
Susahnya ialah apbila kita tidak melakukan
dengan perkara yang mudah.'


Membaca AL-QURAN dimana-mana kita berada pun adalah satu cabang dakwah yang mudah. Bukan bermaksud riak ke apa bila kita baca Quran depan orang tapi dapat memberi kesedaran kepada orang lain betapa pentingnya al-Quran dalam kehidupan seharian kita. Mudahkan dakwah sebegini, tanpa perlu berkata-kata . Hanya perbuatan sahaja. Orang kata perbuatan lebih memberi impak dari kata-kata.


Tambahan lagi, kita sebagai muslim disarankan untuk memberi SALAM kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa.
Tu pun salah satu dakwah yang mudah , malahan kita turut mendoakan orang tersebut.


Bila sebut pulak pasal memberi salam ni, teringat saya pada salah sorang ahli blog ni yang bernama Hajar. Beliau sering menghulurkan salam kepada sesiapa yang beliau jumpa. Sifat itu yang membuatkan saya kagum kepadanya dan In Shaa Allah moga kita mampu mencontohinya.


Kutip sampah yang kita jumpa pun boleh dikira dakwah taw . Itu dapat menunjukkan betapa ISLAM mementingkan umatnya mengamalkan dan mengaplikasikan kebersihan dalam kehidupan.
Saya akan bawakan hadis yang berkaitan dengan kebersihan yang menunjukkan betapa Islam menitik beratkan hal kebersihan..


 Hadis:

Dari Abu Malik Al-Harits bin Ashim Al-Asy’ari radhiyallaahu ‘anhu:

Dia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, “Kebersihan adalah separuh dari keimanan,ucapan ‘Alhamdulillah’ akan memenuhi timbangan, ‘Subhanallah walhamdulillah’ akan memenuhi ruangan langit dan bumi, solat adalah cahaya, dan sedekah itu merupakan bukti, kesabaran itu merupakan sinar, dan Al Quran itu merupakan hujjah yang akan membela atau menuntutmu. Setiap jiwa manusia melakukan amal untuk menjual dirinya, maka sebahagian mereka ada yang membebaskannya (dari siksaan Allah) dan sebahagian lain ada yang menjerumuskannya (dalam siksaan-Nya).”
(Hadis Riwayat Muslim)


Dengan dunia yang berera globalisasi sekarang , banyak teknologi dan laman sosial untuk kita jadikan medium berdakwah .

Seperti blog , Facebook , tweeter , youtube , dan media sosial lain lagi. Bahkan kita mampu berdakwah melalui gambar dengan meletakkan gambar di dalam instagram dengan capstions islamik.
Berdakwahlah dengan cara yang kamu mampu, jangan pernah berdalih untuk tidak lagi menyampaikan dakwah.











Akhir sekali, sampaikanlah dakwah kita dengan cara berbeza dan mudah diterima masyarakat. Kerana setiap dari kita ini pendakwah dan khalifah atas muka bumi ini.

Seperti hadis NABI SAW menyebut :


Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)


Hadis ini menunjukkan saranan supaya kita menyampaikan ilmu tidak kira banyak atau sedikit, asalkan ia ilmu dari Al-Quran dan Sunnah maka hendaklah ia disampaikan. Dalam ertikata lain, jangan kita tahan ilmu itu sehingga kita mencapai maqam tertentu, atau maqam ulama mujtahidin baru kita boleh berdakwah. Itu bukan syarat.



Kerja dakwah itu satu kerja yang mulia . Jangan pernah mengalah dan berputus asa dari jalan dakwah. Teruskan berdakwah dan pedulikan hinaan dan kejian manusia kerana hanya ALLAH yang menilai diri kita .


THABAT SODIQATI :D ;D


kepentingan masa

       Sebagaimana yang kita ketahui bahawa setiap manusia pasti menemui dan melalui masa atau waktu dalam kehidupannya seharian. Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan rugilah mereka yang menggunakannya untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia. Pepatah arab ada mengatakan: “Bahawa masa itu umpama mata pedang, jika kita tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kita”. Kata-kata ini menunjukkan betapa pentingya masa dalam kehidupan manusia
 
Pengurusan Masa  bagi Seorang Pelajar
Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksudnya: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" (Al-Asr)

Pembahagian Masa


Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.
   
Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan yang bermaksud :
Bersedialah

1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah

       Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan
menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan
memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika
penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan
yang cemerlang.

     Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting.
Kelemahansesorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya mudah terjebak
ke kancah kegagalan dan kekecewaan. Pengurusannya yang baik pula pastinya membuahkan
natijah yang berkesan di samping memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Bagi
remaja, masa muda adalah sangat kritikal untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak masa
diperlukan untuk mengulangkaji pelajaran, waktu bersama keluarga dan rakan-rakan, bacaan
tambahan, riadah dan rehlah dan sebagainya lagi.
   Salah satu ciri remaja muslim cemerlang adalah Munazzomun fi syuunihi(terurus dalam urusan hariannya). Apa yang dimaksudkan dengan terancang urusan harian adalah
” Tersusun
dalam urusannya sehingga menjadikan
kehidupannya teratur dalam segala hal
yang menjadi tanggung jawab dan
amanahnya. Dapat menyelesaikan semua
masalahnya dengan baik dengan cara yang
baik.”



     

Friday, 1 May 2015

sebab-sebab malas beribadah




         Assalamualaikum semua...saya harap korang semua berada dalam kesihatan yang baik.. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan hidup untuk menambahkan lagi ibadah kita terhadap pencipta kita yakni ALLAH S.W.T. Ok bercakap tentang ibadah ni,,ibadah adalah perkara yang senang dilakukan dan boleh diamalkan pada bila - bila masa sahaja.. ibadah tidak semestinya perlu solat dan puasa sahaja tapi merangkumi semua aspek kehidupan  kita. namun masih ramai yang masih kurang beribadah dan menganggap ibadah itu suatu yang susah dilakukan...ermm camne nak minta sesuatu kebaikan atau nikmat daripada Allah kalau ibadah pun entah kemana..Berdasarkan video diatas,menceritakan tentang sebab-sebab kenapa berlakunya kemalasan dalam beribadah :-

  • Bergelimang dengan perbuatan dosa dan maksiat


sebab kenapa berlakunya kemalasan untuk beribadah ni kerana hidup dalam keadaan penuh dengan dosa dan maksiat. kita sanggup menghabiskan masa melakukan benda yang tak berfaedah seperti menonton drama berjam-jam tapi untuk baca al-Quran 5 minit pun susah dilakukan..

  • Tidak faham tentang urgensi ibadah


 kebanyakn daripada manusia umat islam sekarang tidak faham tentang urgensi ibadah.  Maksud urgensi ibadah disini ialah keharusan yng mendesak yang membawa maksud seseorang itu merasakan ibadah sebagai sesuatu yang mendesak mereka untuk melakukannya..padahal kita sebagai makhluk Allah perlulah mengatakan syukur kitA terhadap-Nya dengan SELmelakukan ibadah.. Mereka merasakan ibadah itu sebagai satu desakan kerana mereka tidak pernah ikhlas dan kurang rasa cinta kepada Allah apabila beribadah.. Bagi orang mukmin dan soleh,,mereka selalu rindu untuk melakukan ibadah kerana sayangnya terhadap Allah S.W.T..

  • Melupakan kematian
apabila kita semakin leka dengan kenikmatan dunia sekarang yang penuh dengan kemajuan,menyebabkan kita lupa untuk beribadah. Cuba kita bayangkan, ketika kita asyik leka dengan kemewahan dunia dan menangguhkan ibadah kita,,alangkah ruginya kalau ajal menjemput kita tanpa kita menyediakan bekalan kebaikan yang secukupnya untuk menghadap ilahi.. sesunnguhnya Allah tidak akan menangguh walau sesaat pun kemtian seseorang..


Surah AlMunafiquun. Ayat 011.
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

  • Tidak tahu besarnya pahala suatu ibadah
  • Berlebih-lebihan dalam hal yang mubah
Hal-hal yang mubah yang berlebihan termasuk penganggu, seperti halnya berlebihan dalam berbicara, dalam makan dan minum, bergaul, dan tertawa.

semoga kita dapat muhasabah diri kita dan sentiasa memperbaiki diri kearah yang lebih baik..wallahu 'alam..






Monday, 20 April 2015

Bi'ah Solehah





      

               Kolej Kediaman Satu, USIM telah menjalankan kempen BI'AH SOLEHAH untuk menghidupkan amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan mahasisiwa.
Jadi, tercetusnya video" KEMPEN BI'AH SOLEHAH ."  Melalui video ini , kita dapat rungkaikan dan fahami dengan lebih mendalam mengenai "BI'AH SOLEHAH" yang mana perlu dimiliki oleh diri kita . Disini, saya akan menjelaskan lagi berdasar tuntutan bi'ah solehah yang terdapat dalam video ini .
Antara amalan untuk menghidupkan BI'AH SOLEHAH ialah :


1. SOLAT BERJEMAAH
  •     Banyak fadhilat yang kita mampu perolehi melalui solat jemaah . Antaranya ialah , ganjaran pahalanya sebanyak 27 pahala berbanding solat sendirian yang hanya 1 pahala diperolehi.
  •      Kajian Fizik ada mengatakan yang badan kita ini akan dipenuhi cas negatif jika seharian bekerja jadi melalui solat jemaah, apabila badan kita bersentuhan dengan badan jemaah lain ketika solat akan membentuk cas-cas positif dan mampu menstabilkan kembali tubuh badan agar lebih sihat dan bersemangat.

2. MEMBERI SALAM
  •     Rasulullah SAW ada berkata, nanti bila akhir zaman, manusia hanya akan menegur dan memberi salam kepda kenalan yang terdekat dan orang yang mereka mengenali sahaja. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu mengamalkan budaya SALAM dengan sesiapa saja umat Islam yang kita jumpa. Jangan terhad kepada orang kita kenali sahaja.
  •     Salam adalah satu doa yang paling mudah untuk kita doakan kepada orang lain. Melalui salam juga akan membentuk satu ikatan ukhwah dan persaudaraan antara umat Islam itu sendiri. Selain itu, salam mampu mengelakkan diri kita dari sifat sombong. 
* Maka , SEBARKAN SALAM "ASSALAAMUALAIKUM" (:

3. BERSEDEKAH
  •      Amalan sedekah ini perlu sentiasa diamalkan kerana melalui sedekah akan terbuka pintu-pintu rezeki yang lain.Sedekah juga mampu membersihkan jiwa kita dengan menjadi seorang yang pemurah dan berbahagi rezeki yang kita dapat dengan orang yang kurang berkemampuan dan orang miskin.
  •     Seperti kata-kata ini :
" Tangan DIATAS lebih BAIK berbanding tangan DIBAWAH."
 " Apa yang kita ada belum tentu milik kita tapi apa yang kita beri sudah tentu menjadi milik kita."

  •     Jangan kedekut atau bakhil kerana Allah tidak menyukai orang sedemikian. Bahkan apa yang kita miliki hari ini hanyalah pinjaman semata-mata dari ALLAH SWT. Bersedekahlah kerana amalan ini dapat dibawa dan membantu kita diakhirat  kelak.

4. MENJAGA IKHTILAT
  •  Jangan berurusan dengan ajnabi tanpa sebab yang munasabah. Ini akan tercetusnya "zina hati" dalam jiwa kita . Bila terbentuknya zina hati, dengan sendirinya zina-zina yang lebih besar akan turut mendekati dengan menyebabkan kita berasa senang melakukan dosa. Jangan membicarakan hal-hal yang tidak penting dengan yang bukan mahram.
  •  
    katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan-pandangannya dan memelihara kemaluannya.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg mereka perbuat.Katakanlah kpd wanita-wanita yg beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” 
    (surah an-nur:30-31)
    •   Sabda Rasulullah SAW mafhumnya :
      Jaminlah kalian kepadaku akan 6perkara ini nescaya aku jamin syurga utk kalian; iaitu bercakap benar dlm percakapan,menunaikan janji,melaksanakan amanah,memelihara kemaluan,menundukkan pandangan, dan menghindari dari menyakiti org lain
      (riwayat Ahmad,Ibn Dunya,Ibn Hibban dan al-hakim)

      5. MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA 
      • Tutuplah auratmu wahai wanita kerana dirimu amat berharga untuk diperlihatkan kepada lelaki yang bukan maharamnu.
      • ALLAH mensyariatkan agar wanita menutup aurat kerana ingin memelihara wanita dari lelaki-lelaki yang ada penyakit didalam hatinya. Suruhan menutup aurat juga meninggikan darjat dan maruah wanita.
      • AURAT yang wajib ditutup ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua belah tapak tangan. Ingat, KAKI juga aurat. 
      • Pakailah stoking pada kaki dan sarung tangan pada tangan agar terhindar dari aurat ternampak.
      • Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala :
      • https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEyxLsWo3zbmk4Aw1jZwoiTjiZlvhEKdRdQEI1Y0ahAjJuv4dZPFDPglh_tOnSn0OwsboAN3HYRs4cdeqY1DbHX_O0Yeud2GeL-fGOZ7fBDte4LNaYPVae6dpJgnMIkD3qGJgrPC6o3KA/s1600/24_31.png
      Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An Nur:31)

      " JOM AMALKAN BI'AH SOLEHAH !!"
      SAMA - SAMA KITA HIDUPKANNYA .

      (:

Saturday, 18 April 2015

kelebihan berzikir

           Hari ini saya akan menceritakan tentang kelebihan berzikir dalam kehidupan seharian..sesungguhnya banyak kelebihan yang kita dapat perolehi daripada kita menyebutnye.
           
     Barang sesiapa yang mahukan ketenangan dalam  hatinya maka hendaklah dia banyak berzikir kepada allah dan sesungguhnye zikir menjadi santapan hati dan jiwa khasnye penawar ketika gelisah
    
                            ANTARA KELEBIHAN BERZIKIR IALA
 
                      1)Mengusir syaitan 
                      2)Menghilangkan gelisah dan hati yang gundah gulana
                      3)Hati menjadi gembira dan lapang
                      4)Menguatkan hati dan badan
                      5)Menerangi hati dan wajah menjadi bercahaya
                      6)Mendatangkan rezeki
                      7)menyelamatkan seseorang daripada azab neraka
                      8)zikir akan memperingati hati yang tertidur lelap
                      9)hati menjadi tenag
                     10)hati menjadi semakin berkilat yang sebelumnya berkarat
           
  • menghilangkan gelisah dan hati yang gundah gulana.
  • hati menjadi gembira dan lapang.
  • menguatkan hati dan badan.
  • menerangi hati dan wajah menjadi bersinar.
  • mendatangkan rizki.
  • orang yang berdzikir akan merasakan manisnya iman dan keceriaan.
  • - See more at: http://www.arrahmah.com/read/2011/12/08/16718-51-keutamaan-dan-manfaat-dzikir-2.html#sthash.NOXlP3UH.dpuf
            
  • menghilangkan gelisah dan hati yang gundah gulana.
  • hati menjadi gembira dan lapang.
  • menguatkan hati dan badan.
  • menerangi hati dan wajah menjadi bersinar.
  • mendatangkan rizki.
  • orang yang berdzikir akan merasakan manisnya iman dan keceriaan.
  • - See more at: http://www.arrahmah.com/read/2011/12/08/16718-51-keutamaan-dan-manfaat-dzikir-2.html#sthash.NOXlP3UH.dpuf



    Terjemahannya : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” [Surah Ar-Ra ‘d: 28]

     
                                                                                            

    Wednesday, 1 April 2015

    aSsaLamualaikum saHabat2 sekalian...

                                                                                                       
    Maafkan kami ye sbb lama dah xpost sbarang Dakwah.. Assif Jiddan Minna... :(  
                                   
    emm, korang semua apa khabar ?? Camna dgn Iman korang, Chat kaa dy ?                                                                                                                                                                         
                                        
    HARINIE, ana tringin nk kongsi dgn korang ckit... biasa dengar x cerita tntang PAHLAWAN ISLAM dahulu,, ? Beliau ialah SALAHUDDIN AL-AYUBBI... Masya Allah, mendengar nama nyaa pn sudah menggentarkan semangat pihak musuh... beliau sentias Menanamkan Semangat JIHAD yg Tinggi utk Mempertahankan Agama Islam dan SAUDARA SeISLAM ...  


    Apabila berbual, beliau tidak suka bercakap hal lain kecuali hal peperangan... Apabila seseorang mmbincangkan hal peperangan, beliau akan bersungguh2 utk mendengarkannya. Ini kerana sejak kecil lg, beliau telah diLatih dan diAjar cara Berperang dan Bertempur dgn pihak musuh.


    ALLAH,.. kta nie pulak, masa kecik2 pndai main apa ? ada laa jgk, main lawan2, Power Rangers, main masak2 n bnyak lg... nk crita, bahawa SALAHUDDIN AL-AYUBBI nie mmg Bijak,, org kata otak Geliga laa... beliau slalu mempraktikkan cara2 RASULULLAH S.A.W ktika Berperang... Contoh nyaa, beliau akan Memikirkan Taktik2  @ Strategi2 yg Bijak bg Mengelirukan pihak Lawan...


    hehe,, ana pn.. dh lama kan baca so xbrapa nk engat laa sgt.. xpaa2, 6t bla ana engat , ana crita lg yaa... in shaa ALLAH.. . :")


    Ok, tuu laa.. nk habaq kata... DAKWAH is VERY EASY.. kta cuma sampaikan apa yg SOHIH & BETUL... Sperti Sabda RASULULLAH S.A.W ... بلغني و لو اية ... sampaikan lah kpdku wlwpn 1 ayat... :)