
Easy Dakwah ni maksudnya , " DAKWAH MUDAH" .
Senangkan berdakwah ? Yang menampakkan dakwah tu susah bila kita terlampau memikirkan kesempurnaan dalam berdakwah. Mulakan la dengan berdakwah dalam perkara yang
simple .
'Dakwah adalah sesuatu yang mudah.
Susahnya ialah apbila kita tidak melakukan
dengan perkara yang mudah.'
Membaca AL-QURAN dimana-mana kita berada pun adalah satu cabang dakwah yang mudah. Bukan bermaksud riak ke apa bila kita baca Quran depan orang tapi dapat memberi kesedaran kepada orang lain betapa pentingnya al-Quran dalam kehidupan seharian kita. Mudahkan dakwah sebegini, tanpa perlu berkata-kata . Hanya perbuatan sahaja. Orang kata perbuatan lebih memberi impak dari kata-kata.
Tambahan lagi, kita sebagai muslim disarankan untuk memberi SALAM kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa.
Tu pun salah satu dakwah yang mudah , malahan kita turut mendoakan orang tersebut.
Bila sebut pulak pasal memberi salam ni, teringat saya pada salah sorang ahli blog ni yang bernama Hajar. Beliau sering menghulurkan salam kepada sesiapa yang beliau jumpa. Sifat itu yang membuatkan saya kagum kepadanya dan In Shaa Allah moga kita mampu mencontohinya.
Kutip sampah yang kita jumpa pun boleh dikira dakwah taw . Itu dapat menunjukkan betapa ISLAM mementingkan umatnya mengamalkan dan mengaplikasikan kebersihan dalam kehidupan.
Saya akan bawakan hadis yang berkaitan dengan kebersihan yang menunjukkan betapa Islam menitik beratkan hal kebersihan..
Hadis:
Dari Abu Malik Al-Harits bin Ashim Al-Asy’ari radhiyallaahu ‘anhu:
Dia berkata: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, “Kebersihan adalah separuh dari keimanan,ucapan ‘Alhamdulillah’ akan memenuhi timbangan, ‘Subhanallah walhamdulillah’ akan memenuhi ruangan langit dan bumi, solat adalah cahaya, dan sedekah itu merupakan bukti, kesabaran itu merupakan sinar, dan Al Quran itu merupakan hujjah yang akan membela atau menuntutmu. Setiap jiwa manusia melakukan amal untuk menjual dirinya, maka sebahagian mereka ada yang membebaskannya (dari siksaan Allah) dan sebahagian lain ada yang menjerumuskannya (dalam siksaan-Nya).”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dengan dunia yang berera globalisasi sekarang , banyak teknologi dan laman sosial untuk kita jadikan medium berdakwah .
Seperti blog , Facebook , tweeter , youtube , dan media sosial lain lagi. Bahkan kita mampu berdakwah melalui gambar dengan meletakkan gambar di dalam instagram dengan capstions islamik.
Berdakwahlah dengan cara yang kamu mampu, jangan pernah berdalih untuk tidak lagi menyampaikan dakwah.
Akhir sekali, sampaikanlah dakwah kita dengan cara berbeza dan mudah diterima masyarakat. Kerana setiap dari kita ini pendakwah dan khalifah atas muka bumi ini.
Seperti hadis NABI SAW menyebut :
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)
Hadis ini menunjukkan saranan supaya kita menyampaikan ilmu tidak kira banyak atau sedikit, asalkan ia ilmu dari Al-Quran dan Sunnah maka hendaklah ia disampaikan. Dalam ertikata lain, jangan kita tahan ilmu itu sehingga kita mencapai maqam tertentu, atau maqam ulama mujtahidin baru kita boleh berdakwah. Itu bukan syarat.
Kerja dakwah itu satu kerja yang mulia . Jangan pernah mengalah dan berputus asa dari jalan dakwah. Teruskan berdakwah dan pedulikan hinaan dan kejian manusia kerana hanya ALLAH yang menilai diri kita .
THABAT SODIQATI :D ;D
Kerja dakwah itu satu kerja yang mulia . Jangan pernah mengalah dan berputus asa dari jalan dakwah. Teruskan berdakwah dan pedulikan hinaan dan kejian manusia kerana hanya ALLAH yang menilai diri kita .
THABAT SODIQATI :D ;D
No comments:
Post a Comment